GOB-LOG
Satu wadah spontan, karya dari satu minda yang terbuka. Satu landasan suara yang dah lama aku nak kongsi dengan korang. Yelah, takkan nak bobal sorang2 pulak? Macam orang kena sawan. Di ruang gob-lok ini lah aku sediakan satu saluran untuk aku berkongsi lawak, pendapat, ide dan macam-macam lagi, Insya-Allah. Satu amaran beb, Gob-log ini bukan untuk yang lemah semangat dan yang berminda sesempit jamban bas.
Tuesday, September 26, 2006
Tuesday, September 19, 2006
GUA BUKAN SENGKEK...
Semalam, sedang saya dan teman sekerja saya khusyuk menikmati nasi ayam yang di jual kakak jambu di Banquet, ada seorang wanita muda datang menghampiri meja kami.
Wanita muda: "Bang, saya ni mewakili badan kebajikan dan saya harap abang boleh meluangkan sedikit masa..."
Saya: "Tidak."
Wanita muda: "Oh... abang dengar lah dulu. Saya ni ingin mengumpul derma untuk dana masjid dan..."
Saya: "Tidak."
Wanita muda: "Kenapa tidak bang? Masjid ni banyak menolong anak-anak yatim, orang orang tua dan memberi harapan untuk ibu-ibu tunggal bang..."
Saya: "Tidak, tidak, tidak."
Apabila wanita muda itu beredar, teman sekerja saya bertanya: "Lu apasal sengkek nah? Lu dah tak yakin dengan badan-badan kebajikan ke? Masih bingit dengan NKF? Ke keluar dua ketul pun lu sengkek...?
Saya: "Gua bukan sengkek. Tapi kan lebih sexy katakan tidak..."
Wednesday, August 30, 2006
PhD: Tesis Masyarakat
Kenapa Melayu Tak Maju
Ada kalanya memang susah untuk kita orang Melayu untuk memajukan diri kita dalam jurusan jurusan tertentu. Memang sejak kebelakangan ini, orang kita sudah banyak mempertingkatkan diri... ada yang jadi lawyer, doktor, engineer... tapi ada banyak lagi jurusan jurusan yang orang Melayu kita masih tidak dapat tembusi bukan kerana ketidakupayaan orang Melayu tapi kerana sifat sifat negatif orang Melayu kita sendiri. Umpamanya:
Kalau Mat Salleh mula bisnes pengedaran, orang kita panggil Logistic Specialist.
Kalau Melayu mula bisnes pengedaran, orang kita panggil budak warehouse/delivery.
Kalau Mat Salleh pandai mengemas/menjaga rumah, orang kita kata macam Martha Stewart.
Kalau Melayu pandai mengemas/menjaga rumah, orang kita kata kerja Housekeeping pat hotel.
Kalau Mat Salleh jadi Ahli Silap Mata, orang kita kata "wah... macam David Blaine!"
Kalau Melayu jadi Ahli Silap Mata, orang kita kata "Dia ni mesti ada pelihara jin..."

1. David Blaine
2. Tok Bomoh. foto dari www.shaw.com.sg/shawstory/images/exorcist.jpg
Walau bagaimana pun, kita orang Melayu tidak patut terasa tertindas. Buat lah apa korang nak buat. Jadi doktor, lawyer, ahli muzik... asal jangan jual dadah, jual tembak, nak bom bom orang, jadi imam ajaran sesat, jadi bapak ayam, seludup orang, seludup belacan...
Ikut pepatah kata bhai dalam filem Seniman Bujang Lapuk, "Dia punya rezeki dia makan, awak punya rezeki awak makan... sama sama makan apa salah kah?"


