GOB-LOG

Satu wadah spontan, karya dari satu minda yang terbuka. Satu landasan suara yang dah lama aku nak kongsi dengan korang. Yelah, takkan nak bobal sorang2 pulak? Macam orang kena sawan. Di ruang gob-lok ini lah aku sediakan satu saluran untuk aku berkongsi lawak, pendapat, ide dan macam-macam lagi, Insya-Allah. Satu amaran beb, Gob-log ini bukan untuk yang lemah semangat dan yang berminda sesempit jamban bas.

Wednesday, August 30, 2006

PhD: Tesis Masyarakat

Kenapa Melayu Tak Maju

Ada kalanya memang susah untuk kita orang Melayu untuk memajukan diri kita dalam jurusan jurusan tertentu. Memang sejak kebelakangan ini, orang kita sudah banyak mempertingkatkan diri... ada yang jadi lawyer, doktor, engineer... tapi ada banyak lagi jurusan jurusan yang orang Melayu kita masih tidak dapat tembusi bukan kerana ketidakupayaan orang Melayu tapi kerana sifat sifat negatif orang Melayu kita sendiri. Umpamanya:

Kalau Mat Salleh mula bisnes pengedaran, orang kita panggil Logistic Specialist.
Kalau Melayu mula bisnes pengedaran, orang kita panggil budak warehouse/delivery.
Kalau Mat Salleh pandai mengemas/menjaga rumah, orang kita kata macam Martha Stewart.
Kalau Melayu pandai mengemas/menjaga rumah, orang kita kata kerja Housekeeping pat hotel.
Kalau Mat Salleh jadi Ahli Silap Mata, orang kita kata "wah... macam David Blaine!"
Kalau Melayu jadi Ahli Silap Mata, orang kita kata "Dia ni mesti ada pelihara jin..."



1. David Blaine
2. Tok Bomoh. foto dari www.shaw.com.sg/shawstory/images/exorcist.jpg

Walau bagaimana pun, kita orang Melayu tidak patut terasa tertindas. Buat lah apa korang nak buat. Jadi doktor, lawyer, ahli muzik... asal jangan jual dadah, jual tembak, nak bom bom orang, jadi imam ajaran sesat, jadi bapak ayam, seludup orang, seludup belacan...

Ikut pepatah kata bhai dalam filem Seniman Bujang Lapuk, "Dia punya rezeki dia makan, awak punya rezeki awak makan... sama sama makan apa salah kah?"

Copyright ©gob-log.blogspot.com 2006. All Rights Reserved. Hakcipta terpelihara, sebarang peniruan dilarang kecuali dengan izin pemilik.